NADI Kesejahteraan Kendiri-Live Webinar “Nak Turun Berat Tapi Asyik Mengidam, Kenali Punca & Cara Mengawalnya”

12 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Ogos 2026, bermula pukul 10.30 pagi, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti webinar secara live di Youtube mengenai “Nak Turun Berat Tapi Asyik Mengidam, Kenali Punca & Cara Mengawalnya”.

Melalui perkongsian di Webinar tersebut,Punca Asyik Mengidam Semasa Diet ialah Kurang kalori yang melampau: Menyekat makan secara drastik membuatkan otak menghantar isyarat kecemasan untuk mendapatkan tenaga segera (kebanyakannya makanan manis atau tinggi karbohidrat). Seterusnya,· Kekurangan nutrien tertentu: Kadangkala badan mengidam makanan manis kerana kekurangan magnesium, kromium, atau air (dehidrasi kerap disalah tafsir sebagai lapar).Tabiat psikologi: Kebiasaan mengunyah snek semasa menonton TV atau menganggap makanan sebagai "hadiah" selepas penat bekerja.

Antara Cara Mengawal & Mengatasinya ialah Jangan skip makan: Amalkan konsep suku-suku separuh bagi memastikan badan mendapat tenaga yang stabil sepanjang hari. Tingkatkan protein & serat: Protein (seperti ayam, telur, ikan) dan serat (sayur-sayuran) mengambil masa lebih lama untuk dicerna, mengekalkan rasa kenyang lebih lama.Minum air secukupnya: Apabila rasa mengidam datang, minum segelas air kosong dahulu dan tunggu 15 minit. Sering kali rasa mengidam itu akan hilang.

Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali